Industri seni kreatif dilihat berpotensi menjadi satu cabang bagi penjanaan ekonomi dan pendapatan tinggi negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata penggiat seni kreatif perlu terus berkarya dan mentransformasikan idea kreatif mereka ke arah melonjakkan negara dalam semua bidang.

Menurut beliau, setiap kesenian harus diperhalusi elemennya untuk menjadi satu produk yang mampu menjana pendapatan negara.

Selain itu, ia juga satu industri profesional yang mampu membuka peluang pekerjaan seperti dilakukan negara Jepun menerusi minuman teh dan sukan sumo.

Tambahnya, Malaysia mampu mengikut langkah yang sama kerana mempunyai pelbagai cabang kesenian yang boleh diketengahkan, antaranya Makyong dan Silat Cantik yang bertapak di Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini