Gianni Infantino dipilih semula untuk penggal kedua sebagai presiden badan pentadbir induk bolasepak dunia, FIFA. Dia akan memegang jawatan itu untuk tempoh empat tahun sehingga 2023 selepas dicalonkan tanpa dicabar pada kongress FIFA di Paris. Infantino mendakwa, dia sudah berjaya menukar organisasi itu daripada menjadi ‘toksik dan penjenayah’ kembali ke nilai asasnya. Peguam berusia 49 tahun dari Switzerland-itu mengambil alih FIFA sejak Februari 2016, selepas menggantikan Sepp Blatter berikutan skandal rasuah yang didakwa Infantino sudah dapat diselesaikan. Peningkatan ketara pendapatan FIFA dengan simpanan tunai meningkat daripada satu bilion dolar kepada 2.75 bilion dolar Amerika adalah salah satu kejayaan besar Infantino.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini