Keadaan ekonomi global yang menyebabkan inflasi adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar bagaimanapun berkata rakyat tidak perlu bimbang, kerana pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi menjaga kebajikan pengguna dan peniaga.
Beliau berkata demikian selepas meninjau harga barang di Pasar Besar Sungai Besi, bersama KPDNHEP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.