Peningkatan harga makanan akibat inflasi global, dilihat hanya memberi sedikit kesan apabila, sebahagian besar penduduk Argentina memilih untuk mengubah kebiasaan mereka.

Walaupun Argentina telah sedia ada bergelut inflasi domestik, selepas peperangan Rusia-Ukraine berlaku, negara ini mengambil langkah lebih besar dengan mengekang eksport makanan ke kira-kira 19 buah negara.

Sumber Kementerian Pertanian Argentina berkata, keutamaan kerajaan kini adalah memenuhi keperluan domestik.

Pada Mac, kerajaan turut meningkatkan cukai minyak soya dan eksport makanan serta menetapkan pengurangan kapasiti eksport gandum.

Justeru pengguna bertindak memilih barangan yang memberi harga berpatutan dengan berbelanja di pasar awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini