Seorang ibu di India terkejut selepas baru menyedari dirinya selama ini mengandungkan lima orang bayi kembar.

Kejutan tersebut berlangsung di bilik bersalin ketika dia pada awalnya menyangka hanya akan melahirkan seorang bayi sahaja.

Phool Jahan, selamat melahirkan tiga bayi perempuan dan dua bayi lelaki itu di Hospital Sadar di Bihar pada 25 Oktober lalu.

Sejurus dilahirkan, kembar lima itu diletakkan bawah pengawasan perubatan di Unit Rawatan Rapi.

Menurut suaminya, Mohammad Jhuna, kembar lima tersebut dilahirkan menerusi pembedahan.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu juga sudah memiliki seorang anak perempuan berusia 4 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini