1,190 kompaun dikeluarkan terhadap individu yang melanggar SOP di Negeri Sembilan sejak 11 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Che Zakaria Othman berkata, jumlah itu berkurangan pada fasa dua Pelan Pemulihan Negara, sekali gus membuktikan orang ramai mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pematuhan SOP.

Beliau ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. Dalam Fasa Dua PPN, pihaknya kini memberi tumpuan kepada pematuhan SOP di premis kilang dan kawasan tumpuan ramai. Sehingga kini, tiada laporan diterima bagi kesalahan melibatkan penyalahgunaan sijil vaksinasi dua dos di negeri itu. Datuk Che Zakaria berharap agar penduduk terus patuh SOP agar boleh beralih ke Fasa Tiga PPN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini