Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) dijangka akan menurunkan kos pengambilan pekerja baharu sehingga 30 peratus.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata,  langkah itu akan mengurangkan perbelanjaan operasi sekaligus menggalakkan syarikat tempatan menggaji pekerja.

Inisiatif yang menyasarkan penciptaan 600,000 peluang pekerjaan itu, akan turut menangani isu pengangguran serta memperkukuh pasaran kerja.

Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM 4.8 bilion diperuntuk bagi Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini