Semua pemberian inisiatif kebajikan, bantuan insentif dan program pembangunan sedia ada kepada rakyat dikekalkan di Negeri Sembilan walaupun kerajaan negeri dijangka sekali lagi membentangkan belanjawan defisit.

Menurut Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Khidir Majid, Belanjawan Negeri Sembilan 2022 akan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 26 November ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Bengkel Media Belanjawan Negeri Sembilan 2022 di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini