FELDA menyasarkan pendapatan minimum peneroka, kira-kira RM5,000 sebulan menjelang 2023, menerusi Inisiatif Ladang Lestari 25-23.

Sasarannya, meningkatkan produktiviti ladang peneroka sebanyak 25 tan sehektar, setahun, selain 23 peratus kadar perahan minyak menjelang 2025.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, inisiatif turut melibatkan penggunaan teknologi pintar dan mekanisasi dalam meningkatkan hasil ladang.
 
Usaha tersebut dapat mengurangkan kebergantungan buruh asing kepada 50 peratus, selain mengurangkan 20 peratus kos operasi. Beliau berkata demikian selepas melancarkan insiatif tersebut, bersempena sambutan Hari Produktiviti dan Kualiti Perladangan FELDA di FELDA Maokil, Segamat.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini