Pelaksanaan Program Prapelepasan Jemaah haji menerusi inisiatif ‘Laluan Makkah’ bagi Jemaah Haji Malaysia tahun ini, lambang kepercayaan Arab Saudi kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, program berjaya melancarkan pergerakan jemaah, termasuk melibatkan imigresen dan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga di lapangan terbang Madinah serta Jeddah.  

Malaysia antara negara pertama di dunia melaksanakan program perintis bagi Laluan Mekah sejak 2017 dan tahun ini, Malaysia merupakan antara lima negara yang terpilih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini