Bank Negara mengumumkan inisiatif pembiayaan berjumlah RM200 juta menerusi Kemudahan Bantuan Bencana atau DRF 2022, bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS terjejas banjir.

DRF 2022 akan membantu PKS menampung kos membaiki atau mengganti aset perniagaan seperti mesin yang rosak akibat banjir, selain bagi tujuan modal kerja.

Jumlah pembiayaan ditawarkan sehingga maksimum RM500,000 bagi setiap PKS dan RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.

Tempoh pembiayaan lima tahun dikenakan, termasuk moratorium enam bulan ke atas bayaran pokok dan faedah atau keuntungan.

Kadar pembiayaan pula adalah sehingga 3.50 peratus setahun, termasuk fi jaminan.

Permohonan dibuka mulai 27 Disember, sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya, tertakluk perubahan dan situasi banjir.

Perusahaan terjejas boleh memohon daripada institusi kewangan masing-masing, terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan dikawal selia oleh Bank Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini