Inisiatif meningkatkan kawasan hutan paya bakau dan hutan paya laut terus dipergiat di Labuan melibatkan peruntukan RM250,000
 
Ia bagi mencapai sasaran 2,500 anak pokok bakau pelbagai spesis ditanam di 6 lokasi yang telah dikenalpasti Jabatan Alam Sekitar Labuan. Pengarahnya, Amir Hamzah Musa berkata, aktiviti itu secara tidak langsung menggalak penglibatan komuniti, badan korporat serta pertubuhan bukan kerajaan dari aspek pengawasan, pemeliharaan dan pengindahan sungai.

Dalam program tersebut, sebanyak 400 pokok bakau ditanam peserta-peserta serta sukarelawan di kawasan rizab bakau terbesar di Labuan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini