4,483 wanita berjaya menjana pendapatan sendiri, menerusi inisiatif “Wanita Bangkit” sejak ia mula dilaksanakan 1 September lalu.

Daripada jumlah itu, 3,894 wanita telah menceburi 13 bidang keusahawanan, manakala 589 lagi mendapat perkerjaan di pelbagai sektor.

Jelas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, golongan wanita digalakkan menyertai inisiatif berkenaan bagi mempertingkat keupayan diri. Beliau berucap pada Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita 2021 di ibu negara.

Penganjuran karnival secara fizikal kali ini menawarkan 2,286 peluang pekerjaan di seluruh negara. Ia merupakan platform bagi menghubungkan kumpulan sasar wanita yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini