Inisiatif Wanita Bangkit yang dilaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari telah berhasil melahirkan seramai 2,194 usahawan wanita.

557 orang lagi mendapat pekerjaan.

Ketua Setiausahanya, Dr Maziah Che Yusoff berkata mereka ditawarkan peluang kerjaya dan berniaga oleh beberapa agensi dan syarikat swasta yang berkolaborasi dengan pihak kementerian untuk menjayakan inisiatif berkenaan.

MyKasih Kapital contohnya menyediakan suntikan modal perniagaan bagi menggalakkan kaum wanita berniaga terutama yang telah terlibat dalam bidang e-dagang.

LPPKN pula membantu wanita menjana pendapatan melalui program MamaCare berkaitan perkhidmatan penjagaan holistik ibu selepas bersalin.

Inisiatif Wanita Bangkit antara lima program AKM yang diangkat kementerian untuk menyokong acuan Keluarga Malaysia. Inisiatif lain menyediakan bantuan advokasi bagi menangani isu keganasan wanita serta mendaftarkan golongan OKU dengan Kad OKU Digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini