Inisiatif Wanita Bangkit oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat KPWKM yang dimulakan pada 1 September lalu mendapat sambutan menggalakkan.

Inisiatif ini membantu seramai 1,744 wanita mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan setakat 31 Oktober.

Melihat kepada sambutan yang begitu baik, menterinya, Datuk Seri Rina Harun yakin, angka tersebut akan melebihi sasaran menjelang pelancarannya pada awal Disember kelak.

Inisiatif tersebut bukan sahaja disertai suri rumah dan ibu tunggal yang terkesan  akibat Covid19, malah ia juga berjaya menarik penyertaan golongan lelaki.

Pelaksanaan inisiatif Wanita Bangkit itu dapat membantu wanita khususnya mencari jalan keluar daripada kesempatan hidup dan bangkit maju untuk meningkatkan taraf ekonomi, apalagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid19.

Datuk Seri Rina ditemui pada Majlis Kolaborasi Bersama Rakan Strategik Wanita Bangkit@KPWKM di Puncak Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini