Hasil inovasi yang ditampilkan sempena Konvensyen Pameran Produktiviti dan Inovasi Tahunan (ArISe) 2021 mampu menjimatkan kos operasi sebanyak RM490 juta.

Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ram Ganesan Karthigasu berkata, ini sekaligus menyumbang kepada penciptaan nilai berjumlah RM1.26 bilion.

Jelasnya, Arise dianjurkan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi melalui pembudayaan kreativiti dan inovasi.

Berucap pada pelancaran konvensyen berkenaan, tambahnya secara keseluruhan 220 projek inovasi dari 116 organisasi dipertandingkan di ArISe 2021 yang berlangsung empat hari bermula semalam.

Beberapa anugerah baharu turut diperkenal, selain pameran beberapa projek berkaitan Industri 4.0 dan berasaskan kelestarian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini