Idea dan inovasi seorang pengusaha kenaf di Changlun Kedah, berjaya memperluas manfaat daun tanaman berkenaan, dalam industri makanan.
 
Melihat kepada potensi itu, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara LKTN, memberikan galakan kepada usahawan roti ini, untuk memperluaskan manfaat daun yang dipercayai mempunyai khasiat antioksida yang tinggi.

Dihasilkan secara organik, roti ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan.

Bekas pensyarah dari Kampung Titi Kerbau, Rosnani Daud, ini turut memanfaatkan habuk kenaf, bagi mengantikan habuk getah yang kosnya lebih tinggi, bagi penghasilan bongkah cendawan atau kulat sisir.

Inovasi dihasilkan melalui kerjasama LKTN selaras dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran produk serta menerima pasaran baharu bagi industri hiliran berasaskan kenaf.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini