Insentif baharu bakal diperkenal bagi mempromosi pelaburan ke Malaysia.

Langkah itu merupakan antara strategi dirancang bagi menerusikan agenda pemulihan negara untuk tahun 2022.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, insentif baharu merupakan tambahan kepada insentif cukai yang telah diumum.

Pada masa sama, pelbagai kemudahan dilaksanakan dan dipantau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini