Kerajaan Terengganu akan memberi insentif khas buat skuad Penyu sekiranya berjaya mara ke pentas ‘final’ seterusnya,¬†menjulang trofi Piala Malaysia musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, meskipun Terengganu FC (TFC) bakal berdepan misi sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail, Johor Baharu malam ini, namun beliau yakin dan percaya halangan itu dapat diatasi dengan semangat juang dan disiplin tinggi setiap pemain.

Jelasnya, kerajaan negeri telah pun menyediakan bonus dalam setiap kemenangan buat pemain, namun jika mereka berjaya melangkah ke ‘final’ dan menjulang trofi berprestij itu, imbuhan tambahan sudah pasti akan diperuntukkan sebagai penghargaan kepada mereka.

Bagaimanapun berbekalkan keputusan seri 1 sama dengan JDT pada aksi pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lepas, laluan TFC ke final dilihat agak sukar kerana kelebihan jaringan di tempat lawan memihak pada skuad Harimau Selatan.

Kali terakhir Terengganu membawa pulang trofi Piala Malaysia adalah pada 2001 manakala percubaan mereka pada 2011 pula berakhir dengan kekalahan 2-1 di tangan Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini