Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ menyediakan 600,000 peluang pekerjaan tahun ini.

Inisiatif melibatkan peruntukan RM4.8 bilion itu mendukung matlamat kerajaan dalam menurunkan kadar pengangguran.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif  merangkumi tiga program utama.

Ia adalah Insentif Penggajian, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.

Insentif turut diberi kepada majikan yang mengambil tenaga kerja tempatan bagi mengisikan jawatan yang kebiasaannya dilakukan  pekerja asing atau pegawai dagang.
 
Majikan yang layak akan menerima bantuan kewangan antara 20 hingga 40 peratus daripada gaji kasar maksimum pekerja iaitu sebanyak RM10,000 bagi tempoh setahun.

Perdana Menteri berucap ketika melancarkan Inisiatif JaminKerja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini