Sekurang-kurangnya 12 maut dan 12 cedera dalam insiden rempuhan berhampiran sebuah kuil di bandar Katra,Kashmir.

Kebanyakan mangsa dilapor penduduk Delhi, Haryana dan Punjab, serta seorang dari Kashmir.

Insiden berlaku selepas tercetus pertengkaran antara dua kumpulan sehingga mengakibatkan orang ramai tolak-menolak hingga berlaku rempuhan.

Mereka yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Perdana Menteri Narendra Modi menzahirkan ucapan takziah buat mangsa terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini