Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada Isnin, 6 September.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan secara berperingkat bermula 5.30 petang semalam.

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di kesemua kawasan terjejas.

Air Selangor menyarankan agar pengguna yang telah mendapat bekalan untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian selain menggunakan air secara berhemah.

Gangguan bekalan air sejak Selasa lepas itu meliputi lima wilayah Air Selangor iaitu 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini