Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia menjadikan semuanya enam orang terbunuh dalam insiden sebuah SUV merempuh perarakan Krismas di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, 40 yang lain turut cedera.

Polis melaporkan 18 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 16 tahun mengalami kecederaan dan 10 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Seorang lelaki berdepan lima pertuduhan membunuh dengan sengaja dengan merempuh orang ramai di Waukesha, Wisconsin .

Suspek Darrell Brooks mempunyai sejarah perlakuan jenayah dan dibebaskan dengan ikat jamin Siasatan awal tidak menemui bukti bahawa kejadian itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini