Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi tertua dan sedia wujud dalam sistem sosial negara.

Malah merupakan tonggak kepercayaan rakyat dalam menghadapi pelbagai situasi semasa.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, ia merupakan mekanisme keseimbangan dari segi kestabilan politik negara.

Jelas Profesor Datuk Dr. Shamrahayu, ia memain peranan besar dalam memupuk perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Memorandum persefahaman (MoU) antara Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan antara usaha memastikan Institusi Raja-raja Melayu terjaga.

MoU ini menjadi rujukan terutamanya dalam bidang teknologi, penyelidikan berkaitan sejarah, budaya, adat resam, agama Islam dan sejarah kesultanan.

Pengumpulan dokumen serta penerbitan warkah-warkah Kesultanan Terengganu turut dijadikan objektif utama persetujuan MoU bagi tempoh tiga tahun.

Mou ditandatangani hari ini di Shah Alam.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM Profesor Dr Roziah Mohd Janor dan Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini