Institusi kewangan diminta mempermudah permohonan pembiayaan pinjaman khususnya kepada golongan usahawan luar bandar.
 
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memahami kekangan yang dihadapi usahawan luar bandar, terutama yang terjejas banjir dan COVID-19 ketika ini.

Menurut Tan Sri Noh Omar, kementeriannya menyediakan peruntukkan skim pembiayaan berjumlah RM62 juta yang diuruskan oleh Bank Rakyat dan SME Bank.

Pemohon yang berdepan kesulitan untuk membuat pinjaman, boleh membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk tindakan lanjut.

Beliau ditemui selepas meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Tanjong karang Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini