Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa, dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran mulai 8 November depan.

KPM menerusi kenyataan media menjelaskan, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dengan mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan pelajar.

Pengoperasian itu akan melibatkan negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B pula meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Manakala bagi institusi pendidikan yang belum mencapai peratusan vaksinasi lengkap, pengoperasian masih kekal secara penggiliran. Bagaimanapun,murid pra-universiti semester tiga di Sekolah Sukan Malaysia, murid kelas peperiksaan awam sekolah berasrama penuh dan murid kelas peperiksaan antarabangsa, kekal hadir tanpa penggiliran

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini