Kumpulan nasyid popular, InTeam kini aktif melakukan misi kemanusian buat pelarian Syria.

Ia menerusi misi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang menggerakkan siri ke-10 kempen musim sejuk Syria 2021/2022.

Kempen itu adalah salah satu usaha Peduli Insan membantu pelarian Syria di wilayah bergolak dalam mengharungi musim sejuk yang boleh menggugat nyawa.

Sejak April hingga September lalu, InTeam berjaya mengumpul bantuan bernilai RM370,000.

Kutipan berkenaan sudah disalurkan ke Syria dan kem pelarian di Lubnan.

Dan sekiranya tiada aral melintang, sebahagian anggota Inteam akan ‘terbang’ ke Syria, awal tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini