Malaysia menjangkakan prospek ekonomi lebih baik dalam tempoh terdekat, apabila Indeks Pelopor (IP) pulih 0.6 peratus tahun ke tahun kepada 110.5 mata pada September 2021 berbanding 109.8 mata pada bulan sama 2020, selepas susut 2.3 peratus pada Ogos 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), memaklumkan IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata pada September 2021, IP pulih berikutan kelonggaran aktiviti ekonomi seiring dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

IP terus berkembang kepada 4.0 peratus berdasarkan perbandingan bulanan berbanding 1.1 peratus pada Ogos 2021, disokong secara signifikan oleh prestasi lebih baik dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain yang meningkat 1.6 peratus serta import benar semikonduktor (1.1 peratus).

DOSM menjelaskan, dalam melangkah ke hadapan, pengumuman Bajet 2022 bercirikan pengembangan dengan tema ‘Keluarga Malaysia Sejahtera’ dijangka mengurangkan tekanan ekonomi dan memacu pertumbuhan ekonomi ke landasan yang betul.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini