Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) perlu digunakan sebagai platform untuk memulakan paradigma baharu Abad Ke-21.

Ia bagi memastikan pertumbuhan yang lebih cepat dan adil untuk ekonomi di rantau ini, selain menggalakkan keterangkuman dan kemakmuran bersama.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarkan dunia beralih kepada penumpuan isu yang lebih besar secara menyeluruh, kepentingan strategik dan ekonomi rangka kerja itu terletak pada keupayaannya untuk mengukuhkan ekosistem perdagangan rantau ini.

Ia memberikan dorongan untuk memacu penglibatan dan kerjasama ekonomi. Beliau berkata demikian di akaun Twitternya selepas menghadiri mesyuarat peringkat Menteri tidak rasmi IPEF untuk kemakmuran, dengan 13 rakan rangka kerja yang lain di Paris.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini