Lebih 300 kediaman penduduk di sekitar Ipoh, Perak rosak akibat ribut dan puting beliung yang melanda semalam. Kejadian turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada pukul 6.40 petang. Empat kawasan terlibat adalah di Taman Tasek Damai, Taman Desa Seri Chepor, Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya dan Kampung Tawas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dijalankan agensi berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini