Ipoh Raya Integrated Park (IRIP) bakal membantu melonjak ekonomi di negeri Perak.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad, ia merupakan pembangunan bersepadu sehenti dengan nilai pelaburan berjumlah RM5 bilion.

Beliau berkata, menerusi pembangunannya, beberapa teras telah dikenal pasti termasuk penarikan minat pelabur, kewujudan peluang pekerjaan serta peningkatan penggunaan teknologi.

IRIP diilhamkan MRCB melibatkan enam fasa iaitu hab perindustrian berasaskan pertanian, hab logistik, managed park 1,2,3, kemudahan penginapan, serta kemudahan latihan kemahiran vokasional dan teknikal.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2043.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini