Pra syarat bagi kejayaan sesebuah negara bergantung kepada masyarakat dan tenaga kerja yang jujur, amanah dan berintegriti.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, usaha memperkukuh integriti nasional dan etika amalan kerja baik oleh setiap warganegara hendaklah dipupuk dan dibentuk di setiap institusi pengajian tinggi  seluruh negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93. Tambah Seri Paduka Baginda, arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan bukan hanya membawa kesan kepada ekonomi, malah memberi impak sosio budaya.

Fenomena ini memberi kesan kepada sifat terpuji dan nilai moral masyarakat. Pada Istiadat sama, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan Pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini