Korea Selatan tampil menyumbang sejuta dos vaksin COVID-19 kepada Iran.

Menurut Kementerian Luarnya, vaksin Astrazeneca itu akan tiba di Tehran pada Rabu ini.

Kenyataan sama turut menjelaskan ia sebagai usaha kemanusiaan membantu negara Asia Barat itu menangani masalah kekurangan vaksin.

Tehran, tersenarai di bawah krisis kemanusiaan yang serius gara-gara kekurangan bekalan vaksin COVID-19.

Sumbangan berkenaan melambangkan hubungan persahabatan selama enam dekad yang telah terjalin antara kedua-dua negara, selain Korea Selatan telah menyertai usaha global untuk menangani pandemik melalui sumbangan vaksin.

Terdahulu, Korea Selatan telah menyumbang 1.1 juta dos AstraZeneca kepada Vietnam dan 470,000 dos kepada Thailand.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini