Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, agenda Palestin terus menjadi fokus utama negara Islam dan menolak penglibatan Washington sebagai penaja rundingan damai. Mesej itu disampaikan menerusi khutbah Aidilfitri turut mengutuk Bahrain yang menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak membincangkan konflik Israel-Palestin yang dijadual diadakan bulan ini. Tegas pemimpin Iran itu, dunia Islam menolak pelan damai terbaharu tajaan Washington kerana ia tidak akan berpihak kepada perjuangan Palestin menubuhkan sebuah negara. Delegasi Amerika Syarikat dijangka membentangkan pelan damai yang dinamakan Rundingan Abad Ini sebagai usaha mendamaikan kedua-dua pihak. Dakwa Tehran, semua kumpulan di Palestin, Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB bersama beberapa negara Islam lain akan memboikot sidang kemuncak. Ali Khamenei meneruskan khutbah dengan yakin berkata, pelan damai tersebut tidak akan berjaya direalisasi kerana jelas menguntungkan Israel semata-mata. Beliau turut memuji rakyat Iran yang konsisten menyokong perjuangan Palestin menerusi kejayaan perhimpunan Hari Quds Sedunia baru-baru ini

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini