Presiden Iran, Ebrahim Raisi berikrar untuk membalas dendam atas kematian Jeneral Iran, Qassem Soleimani yang dibunuh dua tahun lalu kecuali Donald Trump diadili.

Ebrahim menyatakannya dalam satu majlis memperingati kematian komander tenteranya ituQassem Soleimani terbunuh di Iraq dalam serangan pesawat dron yang diarahkan oleh presiden Trump pada 3 Januari 2020.

Lima hari kemudian, Iran bertindak balas dengan menembak peluru berpandu ke pengkalan udara Amerika di Ain al-Assad, menempatkan tentera Amerika di Iraq dan di Arbil, utara Iraq.

Tiada tentera Amerika yang mati akibat serangan itu namun Washington menyatakan puluhan tenteranya mengalami trauma kecederaan otak akibat letupan.

Ebrahim berkata, penyerang dan pembunuh utama, presiden Amerika Syarikat ketika itu, mesti menghadapi keadilan dan pembalasan.

Pentagon mengatakan serangan itu ditujukan untuk menghalang rancangan serangan Iran di masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini