Iran akan beri keutamaan kepada perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan pengeluaran minyak dalam deraf bajet 2022-2023. Deraf berkenaan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lapan peratus.

Presiden Ebrahim Raisi menghantar deraf itu ke parlimen untuk pengundian. Ia dijangka dilakukan pada akhir 2021, kerana di Iran, tahun baharu bermula pada 21 Mac.

Bajet memperuntukkan kira-kira 5 bilion dolar Amerika untuk melonjakkan kapasiti pertahanan dan penyelidikan strategik peningkatan berbanding 4 bilion dolar tahun sebelumnya.

Iran merancang untuk mengeluarkan 1.2 juta tong minyak sehari, berkurangan daripada 2.3 juta tong minyak sehari pada unjuran harga 60 dolar setong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini