Iran dan Rusia optimis dengan rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 yang sedang berlangsung di Vienna, Austria.

Tehran tidak menolak kemungkinan konsensus akan dapat dicapai sekiranya semua pihak terlibat ambil sikap positif.

Tumpuan rundingan kini adalah tuntutan Iran supaya Amerika Syarikat menarik semula sekatan yang dikenakan ke atasnya.

Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian percaya sekiranya semua pihak terlibat dalam rundingan menunjukkan sikap baik, tidak mustahil perjanjian boleh dimuktamadkan.

Rundingan pusingan ketujuh berakhir 11 hari lalu, dengan Iran menambah beberapa tuntutan dalam draf dokumennya.

Sebelum ini kuasa barat mendakwa rundingan tidak mencapai sebarang perkembangan, selepas pelantikan Presiden Baharu Ebrahim Raisi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini