Iran mengumumkan pelancaran angkasa lepas terbaharu.

Langkah itu dilihat menggugat kuasa barat ketika usaha dipergiat bagi menghidupkan semula rundingan nuklear 2015.

Menurut Jurucakap kementerian pertahanan, Ahmad Hosseini, pelancar satelit Simorgh akan membawa tiga kargo penyelidikan ke angkasa lepas.

Februari lalu, Tehran telah melancarkan roket bahan api pepejal paling berkuasa, Zoljanah.

Amerika Syarikat pula menyuarakan kebimbangan mengenai pelancaran itu.

Ujian tersebut didakwa boleh meningkatkan teknologi peluru berpandu balistik Iran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini