Skim perkongsian Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).

Iraq mengesahkan telah menerima 1.2 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menerusi skim tersebut sebagai persiapan sekiranya berdepan gelombang keempat di negara itu.

Berdasarkan statistik semasa, hampir tujuh juta rakyat Iraq menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, berjumlah 17.5 peratus daripada 40 juta penduduk negara berkenaan.

Semalam, Kementerian Kesihatan Iraq mengumumkan ketibaan penghantaran lebih daripada 1.2 juta dos vaksin anti-Covid Pfizer melalui program Covax dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Sementara itu, jurucakap kementerian Saif al-Badr memaklumkan pihaknya menjangkakan berdepan gelombang keempat dan ia juga boleh menjadi varian baharu.

Sejak pandemik itu melanda Iraq, dianggarkan lebih dua juta rakyat negara berkenaan dijangkiti Covid-19 dan 23,628 meninggal dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini