Iraq meningkatkan tahap keselamatan negara susulan cubaan membunuh Perdana Menteri-nya Ahad lalu. Lebih ramai tentera di kerah ke ibu negara, Baghdad terutamanya di Zon Hijau yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

Kerajaan dalam satu kenyataan memakumkan dron berkenaan dipenuhi bahan letupan yang dipercayai menyasarkan kediaman Mustafa al-Khadimi.

Selepas cubaan membunuhnya yang gagal, Mustafa mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan tentera dan beberapa menteri di pejabat Perdana Menteri. Menurut satu kenyataan, pasukan keselamatan sedang mengambil langkah perlu susulan serangan itu. Penduduk tempatan mengutuk serangan sambil menyifatkan ia boleh menjejaskan kestabilan keadaan politik dalam negara.       

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini