Jauh perjalanan, luas pemandangan”, itulah pepatah yang sering kita gunakan ketika mengembara.

Baru-baru ini seorang gadis tidak menyangka video salah satu pengalamannya semasa perjalanan menuju ke Gunung Stong yang dimuat naik di akaun TikTok telah meraih lebih 1 juta tontonan.

Di dalam video tersebut, gadis ini telah merakam suasana sebuah stesen minyak traditional yang terletak di sekitar kawasan Dabong, Kelantan.

Buat penduduk yang tinggal di kawasan bandar, memang nampak agak pelik. Namun, difahamkan perkara ini amat biasa buat beberapa lokasi lain yang mempunyai pam minyak traditional masih beroperasi.

Stesen minyak traditional ini sudah lebih 30 tahun beroperasi dan menjadi ‘nadi utama’ buat penduduk kawasan Dabong untuk bergerak melakukan aktiviti harian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini