Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa meninjau harga barang pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berlangsung di Jalan Centre Triang, Bera, Pahang.

Meluangkan masa lebih setengah jam, beliau sempat bertanya khabar dan beramah mesra bersama pengunjung serta peniaga yang mengambil bahagian dalam program terbabit.

Selain berkunjung ke gerai jualan, Perdana Menteri juga menyantuni petugas kerajaan yang turut mengambil bahagian membuka kaunter e-perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi pendaftaran suntikan dos penggalak. 

Pelaksanaan program Jualan Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada 2 Disember lepas oleh Perdana Menteri sendiri merupakan inisiatif kerajaan  membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dalam kalangan berpendapatan rendah.

Program menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini