Tentera Israel melancarkan serangan menyasarkan kedudukan Hamas di selatan Gaza, lewat malam Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari kawasan Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel menyatakan pesawat tentera mereka kini sedang melakukan serangan di Gaza, wilayah Palestin yang dikawal Hamas.

Sumber dari Palestin memberitahu, sasaran Israel adalah kawasan Briged Al Qassam di barat Khan Yunis.

Serangan dibuat selepas dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza pada Sabtu pagi jatuh di Lautan Mediterranean, di luar pantai Tel Aviv.

Kenyataan pihak tentera menyebut tiada siren dibunyikan dan sistem pemintasan roket ‘Iron Dome’ tidak digunakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini