Israel bakal membuka sebuah penempatan yang dinamakan sempena Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tapak bagi penempatan baharu itu telah dikenalpasti terletak di Bukit Golan dan proses berkaitan sedang sudah dilakukan. Netanyahu berkata, cadangan nama penempatan baharu itu akan dikemuka kepada sebaik sahaja kerajaan baharu Israel dibentuk. Penghormatan itu diberi kepada Trump kerana mengiktiraf Israel sebagai pemilik Bukit Golan. Beliau yang mengetuai Parti Likud menang 35 kerusi pada pilihan raya 9 April lalu, memerlukan masa tambahan bagi pembentukan kerajaan gabungan. Ini kerana, proses rundingan dengan parti gabungan terganggu berikutan cuti panjang dan konflik dengan Hamas di Gaza. Selain isu pembentukan kerajaan baharu, Netanyahu turut berdepan tuduhan rasuah dan pecah amanah. Peguam Negara Israel pada Februari, telah mengumumkan bakal mendakwa beliau di mahkamah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini