Tentera Israel terus bersikap ganas dengan merobohkan rumah Palestin yang terletak di Tebing Barat .

Rejim Israel kini mengawal sepenuhnya perancangan dan pembinaan di bandar Hebron.

Israel menggunakan alasan membina tanpa permit untuk meroboh rumah penduduk atau bangunan milik warga Palestin .

Sebelum ini, pihak berkuasa Israel merobohkan kediaman Palestin di sekitar Lembah Jordan kerana menganggap perumahan itu dibina tanpa permit.

Tindakan tersebut dilihat sebagai polisi Zionis untuk menghalau penduduk Palestin serta meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi .

Amerika Syarikat mengecam tindakan Israel merobohkan rumah penduduk Palestin itu.

Tindakan ganas tersebut memburukkan lagi ketegangan dalam usaha penyelesaian secara runding damai.

Sebelum ini, bukan hanya kediaman, pengganas Israel turut bertindak merobohkan sebuah sekolah yang masih dalam peringkat pembinaan di Baitulmaqdis Timur.

Jun lalu, Israel merancang untuk meroboh 100 buah rumah di Silwan, dan mengusir 1,550 penduduk Palestin .

Masyarakat dunia mengutuk tindakan Israel  meroboh kediaman penduduk Palestin dan menggesa kuasa besar dunia menghentikan kekejaman ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini