Tentera Israel dilaporkan menyerang tiga sekolah di Tebing Barat Hebron hingga menyebabkan beberapa guru dan pelajar cedera.

Media tempatan melaporkan, terdapat kira-kira 150 hingga 200 pelajar melalui 160 pusat pemeriksaan tentera Israel untuk ke sekolah setiap hari dan kerap diganggu selain berdepan provokasi pihak tentera Israel.

Menurut saksi, ia mengundang rasa tidak puas hati pelajar lain yang bertindak membaling batu terhadap tentera Israel.

Berang dengan tindakan itu, tentera bertindak balas dengan menembak bom tangan dan gas pemedih mata hingga mencederakan pelajar dan guru.

Rawatan segera diberikan Paramedik Palestin di lokasi kejadian dan tiada mangsa dikejarkan ke hospital. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini