Selepas mogok lapar hampir lima bulan, akhirnya seorang tahanan warga Palestin menamatkan protes tersebut selepas negara haram Israel bersetuju tidak melanjutkan penahanannya.

Perkara itu dilaporkan oleh keluarga Hisham Abu Hawash dan pegawai Palestin.

Hisham, 40 tahun, ditahan Israel pada Oktober 2020 dan mula melakukan mogok lapar sebagai protes tahanan tanpa bicara yang dibuat ke atasnya.

Pegawai keselamatan Israel menyatakan, Hisham kononnya ditahan kerana penglibatannya dalam aktiviti keganasan.

Hisham kemudian dimasukkan ke hospital pada Disember.

Pasukan Jihad Islam mengancam akan melancarkan serangan terhadap negara haram tersebut jika dia meninggal dunia.

Israel bersetuju untuk tidak melanjutkan tempoh tahanan Hisham selepas 26 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini