Beberapa pusat Pemindahan Sementara PPS di Selangor menerima kunjungan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri.

Datin Seri Muhaini dan anaknya hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan penduduk yang terjejas banjir selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Difahamkan tinjauan bermula sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.

Menurut salah seorang penduduk yang terjejas banjir, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini