Satu video akad nikah di Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan, Indonesia telah meraih perhatian daripada warganet.

Video yang berdurasi kira-kira 5 minit di muat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Nana Ratnawati Palaha itu memaparkan ibu saudaranya begitu tenang mendampingi suaminya sendiri ketika akad nikah bersama wanita lain.

Anak lelaki hasil perkongsian hidup pasangan itu turut duduk berhampiran dengan pengantin.

Wanita itu juga dilihat beberapa kali memeluk madunya sebelum mengeluarkan gelang emas dari dan memakaikannya kepada isteri baharu suaminya.

Mereka bertiga juga tidak ketinggalan mengambil gambar bersama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini