Canselor Universiti Malaya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya, UM Kali ke 60 dalam suasana Norma Baharu.

Bagi salah seorang graduan, Siti Nurainiin Nabillah Mohd Azwan, 24, beliau bersyukur kerana sesi tersebut dapat dilaksanakan setelah lama ditunda.

Manakala Mior Roslan Mior Mohd Jaafar, antara salah seorang graduan tertua turut berkongsi rasa sama dan merasa bertuah kerana dapat menamatkan pengajian meski berdepan pendamik COVID-19.

Seramai 5,000 graduan bakal dirai dalam Istiadat tersebut dimulakan dengan Anugerah Pelajaran Di Raja yang berlangsung bermula hari ini hingga 27 November akan datang.

Ia diadakan setelah sektor ekonomi negara dibuka semula dan akan dilangsungkan sebanyak 13 sidang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini